20130317

Oneshot : Coma



HanaFanfic present 
COMA [ONESHOT]

Characters ;
Lee Howon/ Hoya (INFINITE)
Park Hara/ Hara (OC)



-----------------------------------------------------------------------------

Hoya’s POV

Dup dup… dup dup

Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.

Dup dup… dup dup

Makin laju degupan ni, makin tak keruan aku! Kenapa ni?

         “DR. LEE! EMERGENCY!”  beritahu salah seorang jururawat dengan panik. Dalam keadaan panik, aku pantas mengekorinya dari belakang menuju ke bilik kecemasan. Pesakit itu dalam keadaan sangat parah, nadinya semakin menurun. “Cepat! Kita perlu selamatkannya cepat!”. 

          “Well done Dr. Lee!” kata Dr. Kim sambil menepuk bahuku. Pesakit semakin stabil dan dibawa ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. “Awak dah selamat…” aku melihat dirinya yang terbujur kaku di atas katil itu. Gadis itu, cinta pandang pertama aku.  


FLASHBACK

Gedebuk!

          Buku yang aku sedang baca, terpelanting masuk ke dalam longkang. Hish! Memang cari nahas. “Aaaaaaaaa, mianhae mianhae..” gadis bertocang dua itu menundukkan  badannya berulang ulang kali meminta maaf lalu menuju ke longkang, dimana buku aku habis ‘dimandikan’.  Tangannya terkapai-kapai mengambil buku itu. Selepas itu, buku itu dia kibas-kibaskan.  Bagus! bajuku pulak terkena tempias air longkang itu.

         “Oi!” dia berhenti mengibas buku itu dan memandang aku dengan muka yang penuh bersalah, mulutnya dimuncungkan sedikit. “Aaaa, mianhae again! Kenapa dengan aku hari ni?! Semua tak kena, dahlah langgar orang lepas tu buat masalah pulak!” gadis itu mengomel sambil menampar nampar kepalanya. Aku terketawa melihat telatahnya, dia nampak.. comel! Dia pandang aku dengan penuh kehairanan.

          “Kenapa… awak gelak?” gadis itu mengerutkan dahinya. “Tiada apa-apa, kenapa awak kelam kabut sangat? lain kali hati-hati, sebaik saya yang awak langgar.”


          “Saya kena pergi jumpa Miss Lee cepat! Sebab tu saya kelam-kabut! Eh jap… kalau saya langgar orang lain kenapa ? Kenapa sebaik pulak langgar awak?” Aku buntu, aku pun tidak tahu kenapa aku cakap begitu.

          “Err.. err.. err.. eh, awak kata awak nak jumpa Miss Lee. Pergi cepat, nanti kena marah pulak” “Haa…? Ok,ok. Saya pergi dulu. Jumpa lagi.” gadis itu mengangguk-anggukkan kepalanya dengan muka penuh tanda dan berlalu pergi dari situ.

          “Awak! Buku saya!” buku aku dia bawa pergi sekali, apa aku nak buat ni? “Hah.. biarlah!” lalu aku menuju ke kelas.

          Kriinnnngggggg…!

          “Balik jugak! Penatnya…” buku-buku aku simpan ke dalam bag. Disebabkan aku orang terakhir keluar, aku mengunci pintu kelas itu. Aku menoleh belakang, “Omma!” aku separuh menjerit, aku mengurut-urut dadaku. Hampir separuh mati aku dibuat gadis itu. Bila masa pulak dia ada belakang aku. “Anak emak eh…? Hihi, Nah! Buku awak, saya dah keringkan.” Gadis itu tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Camne awak tahu saya kelas ni?” aku musykil, entah entah dia hendap aku? “Laa… kan buku awak ada tulis nama dan kelas awak.” Kata gadis itu sambil menunjukkan nama dan kelasku yang tertera di buku itu. Aku menepuk dahi aku. “A’ahlah lupa pulak saya. Hehe.”

          “Oh lupa pulak, Park Hara-imnida! Annyeonghasaeyo!” dia menhulurkan tangannya. Gadis itu memperkenalkan dirinya. “Err.. err.. Lee Howon-imnida, just call me Hoya.” Aku menyambut hulurnya. Gadis itu mengukir senyuman yang sangat manis. Jantung aku berdegup kencang, serius aku cakap! Aku tak pernah rasa begini bila berhadapan dengan perempuan.


          Kami menuruni tangga bersama, “Science stream ya?” soalnya tiba-tiba sambil memandang buku yang aku pegang. “A’ah, saya  science stream.” sambil menunjukkan buku yang diberinya sebentar tadi. “Ooohh.. nak jadi doktor ke?” soal Hara lagi. “Hahaha, a’ah” aku tak tahu kenapa aku ketawa. Hara hanya mengukir senyuman “nanti kalau saya sakit, bolehlah awak rawat saya! Haha, saya gurau.” Tangan menutup mulutnya. “Ok..” kataku. “Betul ?! Promise?” dia kelihatan teruja sambil menunjukkan jari kelingkingnya. “Janji.” Kataku sambil melakukan perkara yang sama.


END FLASHBACK


          Wajahnya aku tatap seketika, masih manis seperti dulu. Aku senyum tawar lalu menuju ke pintu. Tiba-tiba suara yang samar-samar kedengaran. “Doktor…” aku menoleh kebelakang, Hara mula sedar. Aku menghampiri mendapatinya. “Saya kat mana ni..?” Hara cuba bangun. “Jangan bangun, Hara. Awak sekarang di hospital. Berehatlah.” Hara baring perlahan-lahan sambil dibantu olehku. “Hoya-sshi, awak sudah tunaikan janji awak..” bibir pucatnya mengukir senyuman. “Saya rindu awak, Hoya.” Sambung Hara. Aku tersentap, “Hara, berehatlah..” lalu aku menyelimutkannya.

         Aku pantas meninggalkan bilik itu, tubir mata bergenang dengan cairan jernih. Aku tahan sepenuh hati supaya ia tidak mengalir di pipi. “Saya sangat rindu awak, Hara.. awak tau tak lama saya tunggu awak. Hati, kuatlah.” Aku cuba tabahkan diri.


         Keesokan harinya, aku tidak tahu, aku sangat teruja untuk jumpa Hara. “Gembira je doktor hari ni, bunga untuk siapa itu?” tanya salah seorang jururawat. “Rahsia. Hihi!” balasku. Sejambak bunga aku pegang erat menuju ke biliknya. Senyuman ku ukirkan sampai ke telinga. Tetapi.. semuanya musnah, apabila aku nampak seorang lelaki mesra bersamanya. Adakah dia sudah berpunya?


         Bunga yang kupegang erat tadi, ku buangkannya ke dalam tong sampah yang berhampiran denganku. Adakah aku cemburu? Aku berlalu dari situ.


Seminggu selepas itu,


“Nurse! Mana pesakit di bilik itu ?” Aku menunjukkan ke arah bilik Hara. “Err, Park Hara? Dia baru keluar sebentar tadi, baru sepuluh minit yang lepas. Kenapa doktor?” soal jururawat itu. “Tiada apa-apa. Terima kasih.”


         Ah! Aku memandang jam aku, mungkin dia masih berada di tingkat bawah. Aku perlu beritahu dia tentang perasaanku yang telah kupendamkan selama bertahun ini. Aku tidak boleh lepaskan dia kali ini.



FLASHBACK

          Semenjak kejadian itu, kami semakin rapat hari makin hari. Sehingga timbul suatu perasaan yang mustahil aku hadapi, iaitu cinta. Dialah pendengarku yang setia sekiranya aku mempunyai masalah.

          Suatu hari, hatiku terdetik untuk meluahkan perasaanku padanya.

          “Hara..”

          “Hmm?” dia yang sedang khusyuk menelaah buku terus memandang tepat ke dalam mataku setelah kumemanggilnya.

          “Saya…” aku mengusap belakang leherku berkali-kali.

          “Hara!” seorang pelajar memanggilnya.

          “Fuh..” peluh membasahi dahiku. Pantas aku mengelapnya.

          Hara kembali ke tempatnya “Awak nak apa tadi?” “Tiada apa-apa” balasku.

          Setiap kali aku ingin memberitahu tentang perasaan aku, ada sahaja halangan.

Sehingga suatu hari,

          “Hoya..” riak wajah Hara bertukar, tidak seperti selalu. Apa sudah jadi ?

          “Saya akan ditukarkan sekolah di Jepun sebab ikut parents saya. Awak simpan ini ya..” Hara memberikan aku sebuah kotak. “Saya sayang awak! Jangan lupakan saya! Tunggu saya tau? Saya janji, saya akan datang balik.” Hara memelukku, air matanya membasahi pipinya. Air matanya aku lapkan dengan ibu jariku. “Saya tak akan lupa awak. Betul ya janji?” "Janji.." balasnya. 

        Semua kembali seperti biasa. Tahun demi tahun, kini aku dapat capai cita-cita yang kuingini dan akhirnya di sini juga kita bertemu kembali. 


END FLASHBACK


          Aku berlari ke arah luar hospital. Langkahku terhenti apabila melihat dia bersama lelaki itu lagi. Setahu aku, dia tiada abang. Tidak mungkin! Aku masuk kembali ke dalam hospital dengan perasaan yang penuh cemburu.

Bilik Dr. Lee

           Ah! Rambutku kukusutkan. “Dr. Lee, are you okay?” sapa Dr. Kim , sahabat karibku. “Okay, Nothing happen.” Balasku.

          “Kau masih simpan perasaan terhadap dia?” soalan itu aku tersentap.


          “Apa kau cakap ni?!” soalku berpura-pura.

          “Don’t need to pretend, Hoya. About Hara right? Kau tak payahlah berharap pada dia lagi, hari tu aku nampak dia dengan seorang lelaki. Ntah-ntah dia dah berpunya..”

          “SHUT UP! KAU TAHU TAK DAH LAMA AKU SIMPAN PERASAAN NI?! AKU TAK BOLEH BERTAHAN LAGI! SEMAKIN LAMA AKU FIKIR PASAL NI, LAGI TAK TENTERAM AKU! I NEED TO TELL HER AND I DON’T WANT TO LOSS HER! TAK KIRA APA JADI, I NEED TO TELL HER!” Luahku dengan perasaan marah.

          “Relax bro, aku nasihatkan kau, tak perlulah.. kau yang dapat susah nanti. Dah terlambat.”


 ------------------------------------------------------


Hara’s POV

Hari semakin lewat, aku melihat jam tangan di tangan kiriku, jarum pendek menunjukkan tepat pada jam 11 malam. Aku cuba pantas menyiapkan kerjaku. "Selesai jugak!" aku sedikit menggeliat. 


Sebelum pulang ke rumah, aku selalu singgah di kedai bersebelahan di tempat kerjaku. Aku mengambil sekotak minuman susu dan meletakkannya di kaunter. Semasa hendak membayar, aku nampak satu kelibat yang dikenali iaitu Hoya melalui pintu utama kedai tersebut.

          "Cik, ni barang cik."

          "Terima kasih." aku pantas mengambilnya dan mengejari Hoya.

          "Hoya!" aku cuba memanggilnya. Lalu, dia menoleh ke arahku.

          "Ha... ra..? *Hiccup*" pergerakannya yang tidak stabil lalu jatuh. Aku mendapatkannya.

          "Hoya, are you drunk! Apa awak buat ni sampai jadi macam ni ?" Aku cuba memapahnya masuk kedalam keretaku. "Hara... " dia cuba memanggilku. "Hmm.. ?" aku memandangnya yang berada di sebelahku. "Kenapa awak buat saya lama tunggu awak ?" apa yang dia cuba katakan ni?

          "Apa awak cakap ni Hoya ?" 


          "Ingat tak masa last day awak kat sekolah dulu, awak suruh saya tunggu awak.." pernah ke aku bercakap ? Aku lupa ! Hoya jangan buat aku macam ni. Serba salah menyelubungi diriku.
          "Ingat tak awak ada bagi saya kotak ?" sambung Hoya. Tetapi, kenapa aku lupa?! aku tak ingat hari terakhir aku bersamanya.

          "Tetapi awak.. saya.." tidak sempat aku menyambung kata-katanya, dia sudah tertidur. Hoya maafkan saya. Saya tidak dapat menunaikan janji saya, terima kasih kerana awak menunaikan janji awak.

          Sampai sahaja di rumahnya, aku menyeluk poket jaketnya mengambil kunci rumah. Aku memapahnya sampai ke bilik. "Berat betul Hoya ni," aku mengelap peluhku. Aku mencapai pen dan kertas yang berada di atas mejanya, selepas selesai kutulis sedikit nota, aku meletakkan kertas itu di bawah kotak. Sebuah kotak yang agak kukenali. Aku membukanya, aku sangat terkejut! memang dariku. Terdapat satu nota kecil dalam kotak itu.



"Hoya, I LOVE YOU!  I Know you love me? Please wait for me.."

          Aku pernah mencintainya dahulu, tetapi aku lupa setelah sekian lama berpisah. Mianhae, Hoya-sshi..



 ------------------------------------------------------

Hoya’s POV

Mataku kubuka perlahan, badanku terasa berat sangat dan penat. Aku cuba mengingat kembali apa yang telah terjadi semalam. Dan..

"Eh camna aku boleh dalam bilik ni?" aku ternampak satu nota di atas meja.


                                  "Hoya-sshi! 


Awak tahu tak awak berat?! And sorry,
sebab suka hati masuk rumah awak,
Kalau ada apa-apa,call me k!

                                                               xoxo, Hara"



Nota itu beserta dengan nombornya. Aku pantas mencapai telefon bimbitku di dalam saku seluarku. 

         "Hara-yah! Thanks sbb hntr saya! So, saya nak balas jasa awak, saya belanja awak makan k? Malam ni?" aku menekan butang 'send'.

Beep beep

"Sorry, tapi saya dah janji dengan someone" aku mengeluh hampa. Haaa!

"Jomlah! Awak bawaklah dia sekali. OK?"

"Ok. di mana? " balasnya.

"Myeongdong Gyoja, pukul 8. Don't late!"


Myeongdong Gyoja Restaurant,


Kami memesan makanan, aku rasa, waktu sekarang, sesuai untuk meluahkan perasaanku terhadap dia.

        "Hara.. Can I tell you something ?"

        "Hmm ? Apa dia ?" tetapi, semuanya musnah apabila "Eh! Dia dah datang!" Lelaki itu menuju ke arah kami. Lelaki itu.. pernah aku lihat, di..

HOSPITAL!

        "Hoya-nnim! This my boyfriend! " Hara memperkenalkan teman lelakinya ? "Annyeonghasaeyo! Park Chanyeol-imnida" lelaki itu memperkenalkan dirinya. Hara memeluk lelaki itu, Apakah semua ini ? Janji sebelum ini ?

        "Annyeonghasaeyo, Lee Howon-imnida." Aku tidak menunjukkan muka yang begitu gembira.

        "Haa, hoya, apa awak nak cakap tadi ?"

        "Sebenarnya, saya ada urusan! Mianhae, saya pergi dulu!" Aku meninggalkan mereka.

Sampai di rumah, aku menghempas pintu bilik dengan kuat.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!" Aku menjerit, aku membuka kotak yang diberinya. Kaca yang bertulis 'I LOVE YOU' aku campakkan, kaca bersepah di atas lantai. apakah semua ini ? Adakah kau hanya mempermainkan ku? Air mata mengalir deras di pipiku. Di jauh sudut mejaku, gambar kami yang terlalu mesra. Aku capai, aku tatap, aku pegang erat gambar itu, tetapi kemarahan menguasai diri, gambar itu aku campakkan ke dinding, bingkai gambar itu habis berkecai. Di manakah cinta yang kau katakan dulu? Aku mencapai kunci keretaku, keretaku kupandu laju.

Tiba-tiba,

          Boooom!

          Mataku makin kabur, akhirnya gelap.

          Aku buka mataku perlahan, aku nampak sahabat karibku, Kim.

         "Aku kata mana ni ?"

         "Kau di hospital, kau dah koma sebulan dah, kau kemalangan." Aku cuba mengingatkan situasi itu. Kepalaku berdenyut-denyut. Hara...

         "Mana Hara?" Kim terdiam sebentar.

         "MANA HARA?!"

         "Maafkan aku, Hoya. Hara dah jadi milik orang lain. Ni surat dia suruh aku bagi kat kau, kalau kau dah sedar." Kata Kim kepadaku. Aku capai surat itu.


"Hi Hoya,

Mianhae, saya lupa janji saya dulu. Maafkan saya, sekiranya buat awak tertunggu-tunggu, mungkin bila awak dah sedar, saya dah jadi milik orang lain. Maafkan saya. Sudah masanya, awak cari pengganti bagi saya.."


         Air mata mengalir di pipiku, aku renyukkan surat itu. "Tiada pengganti kau Hara, kau, cinta pertamaku dan cinta terakhirku, tiada boleh gantikan kau, aku akan tuntut kembali cintaku.." "Weh Hoya, kau jangan buat kerja gila." Kata Kim. "Siapa kata ni kerja gila?" balasku sambil mengukir senyuman sinis padanya. "Hoya, kau memang dah gila," balas Kim. 



Selepas berbulan-bulan, aku tak menulis oneshot, akhirnya. Sorry, menghabiskan masa dengan cerita yang tak berapa nak best ni ._. Aku kehabisan idea. Please don't hate me! Cerita ni hanya suka-suka. Tiada kena mengena antara hidup dan mati. K chaww dlu! Bye! Thank you. Segala tatabahasa dan kesalahan ejaan harap diampun.

4 comments:

Atika Shahira said...

bestlah weh! try sambung xD mesti syok punya ah :p buat hoya jadi badboy xD cehwah.

Nobody; said...

bestlah sgt ._. smbg ? gue kehabisan idea dong, canne nk smbg xp hoya jd badboy ? hmmmm /pikir beribu kali/

eLya Chan ♥ said...

Daebakkkkkkkkk ! Sambung cepat ! Jahatnyaa HARA ! JAHAT ! Dha bagi harapan tapi lupakan ! Err .Btw ,Best gilaaa ! Hoya badboy ~~~~ sambungggg ~~~ (\^o^/)

Nobody; said...

Tulah, jahat betul HARA. Hahaha, mmg tujuan nk buat cite centu, hahaha. best gila ? Thank you, thank you /menangis terharu/ Apakah? sambung ? ni oneshot lah :p