20121018

Oneshot : Crush OR Love



Staring by ; Seolhyun [AOA], Sungjae [BTOB], Yongseok [CROSS GENE], Hyewon [5DOLLS]

--------------------------------------

Seolhyun’s POV

                Kringgg !

                Sesi bagi mata pelajaran matematik berakhir. Aku menghela nafas keluh, aku meletakkan kepalaku beralaskan lengan sambil melihat pemandangan di luar kelas melalui tingkap yang berdekatan denganku.

Memandangkan rakan karibku, Hyewon tidak hadir ke sekolah hari ini. Aku keseoranganlah nampaknya,  tanpa Hyewon, mulut aku yang becok ini automatik akan menjadi senyap, Hyewon, hanya dia sahaja tempat aku meluahkan perasaan.

Sedang aku melayan perasaan aku, rambutku ditarik kuat.

“Ouch !” aku memalingkan kepala aku.

“Seolhyun… sorang je ?” Sungjae hanya sengih seperti kerang busuk.

“Sakitlah kau tarik ! Tidaklah, tidak nampak Hyewon tengah baca buku itu” sambil mataku mengerling di tempat duduk Hyewon. Sungjae bepura-pura memimikkan wajah terkejut. Masa itu, hendak sahaja aku baling buku teks matematik yang tebal ini pada wajahnya.

“Kau nak apa ?” Tanya aku. Sungjae terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di bersebelahanku tanpa dijemput.

“Nak…” belum sempat Sungjae menghabiskan kata-katanya.

“Nak.. pinjam buku matematik, aku tidak sempat salin nota tadi. Blablabla” aku terus mengejeknya. Ah ! Ayat itu sudah aku hafal semenjak berkawan dengannya.

“Mana kau tahu ?”

“Hello.. aku dah kawan dengan kau berapa tahun ?” aku mengeluarkan buku matematikku daripada laci mejaku lalu memberi kepadanya. Laju sahaja dia menyalin.

Tiba-tiba mataku tertumpu ke luar kelas. Seorang pelajar lelaki yang tidak pernah terserempak menarik perhatianku. Hatiku tiba-tiba berasa.. lain. Tidak pernahku rasa seperti ini apabila melihat wajah lelaki.

“Kenapa jawapan dia macam ni ? Seolhyun !” Sungjae ini kacau line sahaja. Sungjae yang pelik dengan kelakuanku terus memandang luar dimana mata aku memerhati.

“Ek eleh ! Pandang macam nampak hantu” Sungjae menyelah.

“Siapa itu ?” soalan itu tiba-tiba terpacul daripada mulutku.

“Senior baru, Yongseok namanya. Diorang kata, dia pandai. Tidak tahulah” Sungjae mengangkat bahunya dan terus menyalin. Sungjae ini seperti googleku untuk mencari profil seseorang. Tanya siapa sahaja. Dia pasti mengenalinya.

“Pandai ke ? Ish! Tengok cara dia jalan.. seperti orang berlagak !” aku membantah.

“Kau tidak tahu.. dia itu anak orang kaya tau. Ayah dia..” terus jari telunjukku diletakkan di bibirnya menanda senyap.

“Dah siap dah kau punya kerja tu ? membebel sahaja.”  aku mengubah topik.

“Sudah ! Terima kasih banyak-banyak tuan puteri Seolhyun”

++++++++++

Pulang dari sekolah, terus aku menghidupkan laptop kesayanganku. Jariku terus menaip laman portal rasmi sekolah. Rupanya ada dua pelajar baru, tahun yang sama dan.. kelas yang sama ? Profil mereka aku belek-belek.  Tiba-tiba aku terhenti apabila membaca profil tentang dia. Gilalah !

“Oh ! Gao Jia Ning dari China rupanya, patut muka bukan macam muka orang sini… “


Sungjae’s POV

Keesokannya,

                Aku yang baru melangkah masuk ke kelas, lantas dipanggil oleh Seolhyun. Aku meletakkan beg di atas kerusiku dan pergi ke arah Seolhyun.

                “Ya kenapa ?” soalku.

                “Kau tak bagitau pun kan, ada pelajar China.” bibirnya sudah dimuncungkan.

                “Eh ? Kau tak tanya pun. Aku pulak dipersalahkan, dahlah panggil macam ada perkara penting“

                “Sorrylah.. Hensem jugak senior baru kita, takde ke nama glamour ke si Gao Jia Ning tu ?”

                “JG, nama glamour dia.” lantas aku meninggalkannya. Hatiku tiba-tiba rasa timbul perasaan cemburu. Tidak ! Seolhyun, jangan katakan yang kau sukakan salah seorang daripada mereka. Sudah lama aku menyimpan perasaan ini Seolhyun, Tolonglah..


Seolhyun’s POV

             “Sungjae !” Aku panggilnya tetapi panggilanku tidak diendahnya. Dia beredar begitu sahaja.

Entah kenapa aku lihat Sungjae hari ini lain, dia cemburukah ? Hahaha ! Mengarutlah Seolhyun. Beberapa minit kemudian, kelihatan Hyewon yang baru masuk ke kelas, dalam keadaan tersengih-sengih.

“Apahal kau ni ?” aku pelik melihat dia. Selalunya tidak begini.

“Semalam aku tak tahu kenapa aku tertekan laman web sekolah kita, then aku terkejut bila dapat tahu yang ada pelajar baru masuk sekolah kita. Bukan kau nak bagitahu aku kan ?” bahu aku menjadi mangsa. Tangannya singgah bersemayam di bahuku. Pedih.

“Kenapa kau tidak datang semalam ?” aku cuba mengubah topik.

“Sabar dulu, biar aku habis cerita aku dulu.  Masa aku nak pergi ke kelas ini, tali kasut aku terbuka.  Kebetulan, tali kasut aku terbuka depan kelas dia. Aku pun betulkanlah, bila aku bangun. Si dia betul-betul depan aku. Mata kitorang betul-betul bertemu. Hensemnya dia !”

Aku seperti endah tak endah sahaja apa yang dia katakan. “Siapa dia tu ?”

“Dia….”

“bukan dia ! bukan dia !” getus hatiku, aku yang mengetap bibir berharap bukan ‘si dia’

“Yongseok..” apabila dia menyebut nama tersebut, bagai batu besar yang menghempap atas kepalaku. Aku tahan. Ya ! I’m crush on  you, Yongseok. Hmm..

“Kau suka dia ke ?” soalku untuk mendapat kepastian.

“Kalau aku kata aku suka dia ?”

“Hmm…” aku hanya menundukkan kepala aku.

“Dia crush aku tau ! Jangan curi.” Tangan telunjuknya menghalaku bertanda amaran.

Aku berpeluk tubuh bertanda protes. “Tak apalah ! aku ada.. ”

Tiba-tiba Hyewon ketawa besar apabila mendengar kenyataan aku itu. Tidak boleh nak buat apa memandangkan dia dah curi crush aku.


Sungjae’s POV

                “Tak apalah ! aku ada.. Sungjae” telingaku yang menjadi saksi apabila kenyataan itu keluar daripada mulut Seolhyun sendiri. Benar kah ?

                “Hahahaha ! Kau nak dia ?” Hyewon masih ketawa.

                “Hoi ! ngumpat aku ya ?” aku mencelah.

                “Macam mana kalau dia dengar, Seolhyun ?” Hyewon separuh bisik kepada Seolhyun. Aku dengar, wahai Hyewon

                Kringgg !

                Tamatnya waktu persekolahan pada hari ini. Aku mengemas buku-bukuku dan memasukkannya ke dalam beg. Aku menggalasnya dan pergi ke arah Seolhyun.

                “Seolhyun…”

                “Hmm.. ?” dia yang sedang mengemas bukunya, terhenti dan memandangku.  Keningnya diangkat sebelah.

                “Esok, kita pergi sekolah sama-sama ya ! Aku tunggu depan rumah kau tau ? Bye” belum sempat dia menjawabnya, aku berlalu pergi. Aku tidak mahu dia berkata tidak.


Seolhyun’s POV

                “Esok, kita pergi sekolah sama-sama ya ! Aku tunggu depan rumah kau tau ? Bye”

                “Eh, Sungjae ! Haish budak ini, selama ini aku ajak dia pergi sekolah, tak mahu pula. Apa yang dia mimpi hari ini ?” aku menggaru kepalaku sambil mataku memerhati Sungjae beredar.

                Hari ini aku pulang seorang sahajalah nampaknya memandangkan Hyewon sudah pulang kerana ada hal yang penting untuk diuruskannya.

                Aku melangkah keluar dari kelas, lalu aku menutup pintu kelas. Lalu aku berlalu dari situ, tiba-tiba bahuku dilanggar.

                “Argh !” buku-bukuku habis bertaburan di atas lantai. Marahku tercetus, mata letak di lutut ke ? Aku merendahkan badanku untuk mengambil buku-bukuku. Bukannya nak tolong. Aku menegakkan badanku semula. Jantungku berdegup laju. Mataku tidak berkelip melihat wajah dia.

                “Mata awak letak kat mana ha ?” Aku pulak dipersalahkannya. Although, I’m crush on you. I must pretend myself !

                “Eh tolong sikit eh ! Awak tu yang kelam kabut, pastu kita pulak dipersalahkannya !”  

                “Yalah ! Mianhae”

                “Ok, saya maafkan awak. Ok bye” lalu aku berlalu dari situ. Aku menunduk malu.

                “SAYA YONGSEOK !” dia teriak dari jauh.

                Mukaku semakin berpeluh. Perasaanku tidak dapat disembunyikan lagi, aku berlari daripada situ. Mukaku merah padam, sampai di pintu pagar sekolah. Aku menekup mukaku. Dia bercakap dengan aku ? Indahnya dunia ini ! Hahaha.

                Pada keesokan paginya, aku terbangun lewat. Aku lupa akan Sungjae yang mengatakan mahu pergi ke sekolah bersama-sama. Mampus ! Terus aku melompat daripada katil dan menuju ke bilik air. Aduh ! Aku tergelincir, kakiku sedikit terseliuh. Terbaik. Aku pantas menuruni tangga dengan kaki yang terhencut-hencut.

                “Omma ! Oppa ! Saya pergi dulu” pantas aku menyarungkan kasut. Aku menguak daun pintu, kelihatan tubuh Sungjae yang sudah berpeluk tubuh menunggu di pintu pagar. Habis aku !

                “Awal keluar” dia memerli aku. Tsk.

                “Tulah, aku pun rasa aku keluar terlalu awal” aku berlalu meninggalkannya di belakangku.

                “Apahal dengan kaki kau itu ?”

                “Sikit saja ni” walaupun sebenarnya agak terseksa.

                “Naik belakang aku” kata-katanya mengejutkan aku.

                “Hah ?! Tak mahu !” aku terus berjalan dengan terhencut-hencut.

                “Cepatlah..”

                “Tak mahuuu !” aku berkeras.

                “Ok ! Bye, penat aku tunggu kau ini” dia terus berjalan dengan pantas.

                Sekarang aku berjalan keseorangan. Sungjae sudah hilang dari pandanganku. Ok, macam inilah kawan. Tengok kau lepas ini. Memang aku tidak mahu layan kau. Tiba-tiba ada perkara yang mengejutkan aku, Sungjae tunggu aku di simpang.

                “Mari aku papah kau”

                Dia memapahku hingga ke pintu pagar sekolah. Terharunya. Lepas ini, aku tak akan sangka buruk dengan kau ya wahai Sungjae ! Sebaiklah kami tidak terlambat, hanya tinggal dua minit. Ini semua salah aku. Dahlah bangun lambat, menyusahkan orang pulak itu. Seolhyun, Seolhyun.

++++++++++

                Hari ini, aku tidak keluar rehat. Tiada selera. Tiba-tiba, Yongseok dan sahabat karibnya, JG berada di hadapan pintu kelasku. Aku tidak keruan, nak lari tidak boleh. Kaki pula buat hal ! Ah, kenapa waktu macam inilah kaki aku mahu sakit ?!

                “Kenapa tidak keluar rehat ?” tegur Yongseok.

                “Kenapa awak perlu tahu ?”

                “Kalau tiada duit, saya boleh belanja”

                “Tidak perlu” aku terus berpura-pura membuat latihan, aku tidak mahu memandang wajahnya. Kakinya masuk melangkah ke kelasku. Kerusi di barisan hadapanku ditariknya menghadapku. Dagunya ditongkat oleh kedua-dua belah tangannya.

                “Kenapa tak jawab semalam ? saya Yongseok. Awak ?”

                “Se.. ol.. hyun” makin risauku dibuatnya.

                “Tidak perlu takutlah, bukan saya nak ngorat awaklah. Jangan perasan ya ?”

                “Saya pun tidak ingin dengan awak !” balasku.

                “Oklah, saya keluar dulu. Nanti boyfriend awak jelous pulak. Kalau jumpa, tegur-tegurlah ya ?”

                Dia berlalu pergi dari kelasku. Kalau Hyewon dapat tahu, habis aku. Mesti merajuk satu hari, tetapi..  sangkaanku tepat  apabila Hyewon dan Sungjae masuk ke kelas.

                “Dia buat apa dengan kau ?” tanya Hyewon dan Sungjae serentak.

                “Tiada apa-apa” aku menggeleng laju.

                “Nah ! ambil roti ini” Sungjae menghempaskan roti itu ke atas meja. Aku terperanjat. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu. Perangainya berubah semenjak Yongseok pindah di sekolah ini. Pelik ?

                “Aku nak merajuk ! Kau curi aku punya crush. Aku dah cakap kan ?”

                “Aku tidak curi pun ! Dia datang sebab hairan aku tidak turun rehat, Hyewon janganlah merajuk. Aku nak kawan dengan siapa ? Hyewon..” aku memujuknya.

                Ah ! Sepanjang hari itu, aku bersendirian. Sungjae dan Hyewon tidak bercakap denganku dan tidak mahu berkawan denganku. Kenapa dengan mereka ? Aku buat salah apa ? Argh ! Mataku berkaca. Aku tahan ! Hyewon ini, tak akan lah dia masuk kelas, kau dah macam ini ? Please be matured !

                Sebelum pulang, aku singgah di taman sains yang berhampiran dengan blok kelasku. Aku termenung jauh. Aku merenung kakiku. Yongseok muncul tiba-tiba.

                “Tidak balik lagi ?” aku menggeleng.

                “Rumah di mana ?” soal Yongseok.

                “Dekat dengan kedai Aunty Soo Hoon. Kenapa tanya ?” balasku.

                “Oh. Rumah saya pun dekat situ, jom balik sama-sama ?”

                “Emm..” aku terkenang akan Hyewon. Tetapi, dia terus menarik tanganku.

                Kami pulang ke rumah bersama-sama. Suasana terganggu apabila aku berjalan dengan terhencut-hencut.  “Kenapa ni ?” tanyanya. “Tergelincir sikit sahaja” senyumku tawar. Dia terus memapahku  dengan tiba-tiba, tetapi aku rasa lain apabila kami seperti diekori, aku melihat belakang.

  “Kenapa ?”

  “Tiada apa-apa“ balasku. Pelik.

Seminggu sudah berlalu, mereka masih berdiam diri. Aku hanya melayan diriku sendiri. Kadang-kadang Yongseok muncul apabila hatiku rungsing. Semakin hubunganku rapat dengan Yongseok, semakin jauh hubunganku dengan mereka. Aku rindu.. Hyewon. Aku rindu.. Sungjae.

++++++++++

Aku ke perpustakaan. Peperiksaan akan tiba lagi dua hari, aku membuat sedikit ulangkaji untuk menyegarkan pelajaran-pelajaran yang lepas. Sedang aku baca dengan khusyuk sekali, tiba-tiba kerusiku digoyangkan. Asyik buat orang marah sahaja ! Ini mesti.. Sungjae ! Tetapi mustahil, sebab hubungan kami sudah tidak rapat seperti dulu.

“Sung..” aku memalingkan mukaku ke belakang. Tetapi, sangkaanku salah. Yongseok rupanya. Aku mengerutkan dahiku dan memalingkan mukaku kembali asal.

“Buat apa tu ?” tanyanya.

“Ulangkaji sedikit sebab periksa dua hari je lagi” dia mengangguk.

“Saya dengar awak pelajar cemerlang, tiada tips untuk saya ?” senyumku minta belas kasihan, entah kenapa. Tiba-tiba dia ketawa.

“Saya biasa sajalah..”

“Hmm. Yelah” aku berlalu dari situ. Malas mahu layan.

“Seolhyun !” panggilannya tidakku layan. Melangkah sahaja keluar, bahuku terlanggar. Aku jatuh tersungkur. Aku memandang muka dia dengan dahi berkerut. Dia mengetawakan ku.

“Cepat bangun ! Baru langgar sikit, dah tumbang” tangannya dihulurkan lalu aku menyambutnya.

“Sampai hati kau buat aku macam ni, dahlah Hyewon  tidak mahu layan aku. Kau pun sama tumpang sekali kan ?” mataku berkaca.

“Tak payahlah menangis. Aku nak tengok berapa lama kau boleh tahan” Sungjae merampas bukuku yang baru dipinjam. Lalu dibeleknya.

“Tajuk mana yang kau bincang dengan senior kau itu ?”

“Hah ?” aku menggaru kepalaku. Aku sedikit keliru.

“Tiada apa-apalah” dia terus memberi bukunya kepada aku dan berjalan tanpa melihat belakang. Hmm..

Peperiksaan bermula selama seminggu. Aku dapat menjawab dengan baik. Selepas keputusan keluar, aku diumumkan sebagai pelajar yang akan naik pentas nanti ! Seronoknya. Aku bangga diri kah ?

Di dalam dewan,

Aku tertanya-tanya siapa yang akan duduk disebelah ku. Tubuh yang kukenali menghampiriku, Yongseok duduk di sebelah ku ? Mukaku merah padam. Aku bercadang untuk mengelak daripada berjumpanya. Gagal.

“Seolhyun duduk sebelah saya ? Hahaha, macam tidak percaya” aku menjelingnya.

Rambutku ditarik. Pantas sahaja aku memusingkan mukaku, Sungjae ? Dia terpilih ? Aku dalam delima. Mahu layan Yongseok atau Sungjae ? Tidak ! Tetapi nasib baiklah hari itu majlis berjalan dengan lancar. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada menempah maut.

Beberapa tahun kemudian,

                Kebetulan, aku, Hyewon dan Sungjae telah dilanjutkan ke universiti yang sama ! Hendak sahaja aku menjerit selepas kami mendapat keputusan universiti. Sungjae dan Hyewon dalam bidang yang sama, mereka dapat medic course. Cuma aku sahaja bidang lain. Tidak mengapa, asal kami dapat bersama !

                Sedang aku makan di kafe keseorangan, aku terkenang akan Yongseok yang pernah menjadi crushku. “Bodohnya aku dulu !” aku mengetuk kepalaku. Tiba-tiba seorang lelaki mencelah, “apa yang bodoh ?” aku mengangkat mukaku melihat siapa yang sibuk itu. Busybody betul ! Aku terkejut, mataku sedikit terbeliak. Adakah ini semua mimpi ? Yongseok di depan mataku ! Degupan jantungku berdenyut pantas, Yongseok yang sudah lama meninggalkan sekolah dan sekarang dia di hadapan mataku dan universiti yang sama ? Aku tidak percaya.

                “Eh? dapat sini. Kira bijak juga awak ini, awak dapat university ini, susah tahu orang nak masuk universiti ni. Kalau saya tidak mustahillah. Hahahaha” Bongkaknya !

                Malas aku mahu layan dia, aku berdiri lalu berlalu pergi. Tetapi, aku terberhenti. Tanganku ditariknyanya, ah. Mukaku sudah berpeluh. “Jumpa di taman.” Dia melepaskanku dan aku mengekorinya.

                Dia berpeluk tubuh. Awak nak tahu tak ?

                “Hmm ?” Aku mengangkat mukaku.

                “Dulu, saya sebenarnya….”

FLASHBACK


Yongseok’s POV

                “Ah ! Appa tidak boleh buat camni dekat saya” aku tidak bersetuju dengan kata-kata appaku selepas aku diberitahu bahawa aku akan dipindahkan sekolah. Dulu, aku sangatlah keras kepala. Tetapi keras kepala aku ini, aku mempunyai seorang kekasih. Dia memang cantik, tetapi.. kami tidak lama selepas aku dimaklumkan dia dengan lelaki lain selepas beberapa bulan aku dipindahkan sekolah. Tetapi semua berubah apabila aku berpindah, entah kenapa.. apabila aku hendak marah, automatik aku berasa sejuk melihat dia.

                “Kenapa kau tenung dia macam itu” JG menyoalku.

                “Hah ? Siapa ?”

                “Perempuan itu”

                “Hah ?! Mana ada. Aku… aku… sebab tali kasut dia terbuka”  aku terus berlalu dari situ. Walaupun hakikatnya tali kasut dia tidak terbuka pun.

                Suatu hari, aku terlanggar bahu seorang perempuan. Aku tergesa-gesa hendak pulang masa itu untuk berjumpa dengan kekasihku. Eh maaf, bekas kekasih.  Masa itu, aku tidak fikir apa-apa, aku terlalu marah selepas mendapat tahu bahawa dia mempunyai lelaki lain.

                “Mata awak letak kat mana ha ?” perkataan itu terpacul dari mulutku.

                “Eh tolong sikit eh ! Awak tu yang kelam kabut, pastu kita pulak dipersalahkannya !” apabila perempuan itu mengangkat mukanya. Itu dia.

                “Yalah Mianhae” mulut aku meminta maaf, orang seperti aku ini. Susah tahu untuk meminta maaf. Lagi lagi perempuan, tetapi dia lain. Sangat berbeza.

                Selepas aku dapat tahu nama dia, aku menjadi sangat gembira. Ini semua idea JG. Terima kasih kawan ! Semenjak dari itu, aku asyik berfikir tentangnya. Tidak tahu kenapa.

FLASHBACK END


Seolhyun’s POV
                “Jadi…” masa itu, aku sangat terkejut. Dalam diam, dia menyukaiku.

                “Yup, I’m crush on you. I love you”

                Aku rasa, aku mahu menangis masa itu jugak. Aku tidak tahu kenapa, aku makin membencinya ! Aku tidak suka akan dia. Aku berlari dari situ. Walaupun dia memanggilku, aku buat tidak endah. Aku memasuki tandas dan aku terserempak dengan Hyewon. Dia terkejut, aku terus memeluknya. Air mataku sudah membasahi pipi.

                “Hyewon…..” Aku tidak dapat menahan lagi. Aku memeluk sekuat-kuatnya.

                “Kenapa ni ?” Dia meleraikan pelukan itu lalu memegang bahuku. Aku menutup mukaku, aku tidak sanggup berdepan dengan semua ini.


                “Yongseok…” Untuk makluman, Hyewon tidak suka akan Yongseok lagi. Sebaliknya, dia suka akan JG. Katanya, dia suka akan lelaki kacukan berluar negara.

                “Dia kata dia suka aku” aku menutup muka ku. Aku menangis teresak-esak.

                “Hahahaha ! Dah tu kenapa kau menangis ? Hello, bukannya dia buat apa-apa kat kau lah” Dia boleh ketawakan aku. Dia tidak faham perasaan aku ! Tsk.

                “Aku… sebenarnya” masa untuk luah perasaan.

                “Hmm.. ?” tangannya mengangkat mukaku yang penuh dibasahi dengan air mata itu.”

                “Aku.. tidak suka..Yongseok, tsk tsk, aku.. cin..ta.. Sung.. jae”

                “APA ?!” Hyewon sangat terkejut.

                Aku dan Hyewon, keluar dari tandas itu. Masa itu, aku sangat terkejut apabila Yongseok dan Sungjae berada di hadapan mataku. Aku menjadi kaku. Sangat kaku.

                “Seolhyun !” Mereka memanggil namaku serentak. Sudah. Aku memegang lengan Hyewon. Aku takut. Aku berdebar.

                "I call you later" Sungjae menjeling tajam ke arah Yongseok lalu berlalu pergi.

                "Jumpa nanti" Hyewon pula ingin pergi. Aku mengangguk. Berdebar. Tarik nafas dalam-dalam.

                "Tadi, kenapa awak pergi macam tu sahaja" aku tidak memandang mukanya.

                "Sakit perut tadi" jawapan bersahaja.

                "Oh. Esok free ?"

                "Kenapa ?"

                "Han River. 8 malam" belum sempat aku bersetuju, dia sudah mengatur langkahnya. Selepas beberapa minit, aku mendapat mesej daripada Sungjae.


               "Adakah ini semua kebetulan ?" 

Keesokannya,           

               Aku menunggu Yongseok dan.. Sungjae di Han River. Pelbagai soalan timbul di dalam pemikiranku. Tetapi abaikan sahaja.

                Tubuh Sungjae sudah kelihatan dari jauh kearahku. Bahuku disapa dari belakang, Yongseok di belakangku. Aku terkejut, adakah mereka telah merancang ?

                "Sebenarnya kami telah merancang tentang pertemuan ini ? So, I want you make decision.." kata Sungjae. Aku dah agak dah. "Decision apa....?" aku mencelah.

                 "Tentang saya, awak dan dia" tambah Yongseok.

                 Aku tidak faham apa yang Yongseok maksudkan. Apa ini ? Keputusan apa ?

                 "Just honest, daripada saling mencemburui, kami nak awak buat keputusan. Saya atau dia" kata Yongseok. "Saya...." aku gugup, tiba-tiba lenganku ditarik Sungjae. Dia memegang tanganku. Aku melihat ke dalam matanya. Maaf Sungjae.

                 "Dulu, sebenarnya.. I'm crush on you, Kim Yongseok..." aku melepaskan tangan yg digenggam oleh Sungjae. Aku melihat dan senyum kepadanya. Aku pergi ke arah Yongseok. Aku tiada pilihan.


                   "Mianhae oppa, saya lebih mencintai Sungjae. Mianhae" lalu Yongseok menunduk mukanya dan berlalu dari situ. Aku mengeluh. Aku pergi ke arah Sungjae. Mataku berkaca, aku senyum ke arahnya, lalu dia memelukku untuk menenangkanku. "Maafkan saya, jika dulu saya buat awak sakit hati" akhirnya pipiku dibasahi air mata. 

                   "Kenapa awak pilih saya ? Sedangkan.. dia crush awak dulu kan ?" soal Sungjae.

                   "When you know why you like someone, it's crush but when you have no reason or explanation, it's love" Aku memandangnya.

                   "So ?" Sungjae kurang faham.

                   "You will understand." kami berlalu dari situ, dan aku genggam tangannya erat. Aku tidak mahu kehilangannya lagi seperti dulu. 

           
------------THE END------------

There is one moment in your life when you are with someone and you feel like the world has stopped and your life seems perfect, make sure you never lose that person.

Created ; Wahidah.

Harap korang suka. Wahidah ni tak mahir dalam cerita cinta-cinta ni :L So, Wahidah dah buat yang terbaik. Harap korangg baca dr awal sampai habis. Jangan skip2, penat tau buat cerita :/



7 comments:

Daehyun Baby ♥ said...

aaaaa~!!! bestnyaaaa!!! yay yay ! sungjae dengan seolhyun ! mati/2 ingt dgn yong seok ,sbb dye suka yongseok . haha XD Unnie figthing ! ;)

LOVE THIS STORY SOOO MUCH ! :*

Nobody; said...

Ye ke ? Ntah-ntah jaga hati je ni x) Memang saja buat dia dgn Sungjae. Yongseok ngan akak je x) Tapi.. Sungjae pun akak punya. Kira akak pandai buat saspen la ni ? //PERASAN// Thank youuu :')

Daehyun Baby ♥ said...

Haha XD seyes lha ! akk berjaya buat suaspen .eh eh ? >.< .tahniah . teruskan usaha . Lcomee . :)

Nobody; said...

Hahaha. Terima kasiiih :'( Terharu :')

Atika Shahira said...

Wahhhhhhhh! daebak daebak. tapi sakit hati dengan lagu takmahu load. haha. btw, nice job! kita bayangkan tu akak je masa baca (seolhyun) xD

Nobody; said...

Hahahah ! ya ke ? bukan jaga hati kan ? Takpee. Lagu tu pun menyibuk je. BAYANGKAN AKAK ? KAHKAHKAH. dapat tak bayangkan. Kalau akak, pilih dua-dua xD BTW, THANKS VERY MUCH ! ;3

Rabiatulx said...

Awesome T.T